Promosi

Promosi

Result

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Aventador S Dilancar Di Malaysia



TIDAK lama selepas kemunculan sulungnya di peringkat global hujung tahun lalu, Lamborghini Aventador S kini dilancarkan di negara ini. 


Sekalipun bukan model serba baharu sepenuhnya, varian S itu menampilkan beberapa penambahbaikan berbanding model asas Aventador terutama rekaan di bahagian hadapan dan belakang. 

JH Italia Sdn Bhd, juga dikenali sebagai Lamborghini Kuala Lumpur, yang mengendalikan pusat jualan, servis dan alat ganti tunggal Lamborghini di Malaysia, sudah menerima lima tempahan untuk Aventador S yang berharga RM3.3 juta (tanpa insurans dan cukai jalan). 

Ketua Pegawai Operasinya, Marcus Chye, berkata model terkini kereta super ikonik itu dijangka diterima baik oleh orang awam. 

"Sasaran pasaran model ini ialah pemilik Lamborghini lama yang mahu menaik taraf dan mereka yang mahu mencuba segmen V12. 

"Aventador S adalah satu-satunya kereta penumpang yang mengguna enjin pertengahan V12. Ia memiliki gaya lebih kemas berbanding model sebelumnnya, Aventador, yang dilancarkan pada 2011," katanya pada majlis pelancaran eksklusif kereta berkenaan di Shah Alam, baru-baru ini. 

Varian Aventador S dikategorikan sebagai model pertengahan antara model asas Aventador dengan model popularnya, Aventador SV. 

Selain penambahbaikan rekaan, Aventador S baharu itu juga menggabungkan pacuan empat roda, suspensi aktif baru, sistem stereng empat roda baru dan mod pemanduan EGO. 

Kereta berkuasa kuda 740 itu, boleh memecut dari 0 hingga ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.9 saat dengan kelajuan tertingginya mampu mencecah 350 km/j. 

Chye berkata, tempoh menunggu bagi Aventador S ialah antara enam hingga 12 bulan, bergantung pada keupayaan kilang pengeluarannya di Itali. 

Beliau berkata, pada tahun lalu, Lamborghini Kuala Lumpur berjaya menjual 20 kereta super termasuk Aventador dan Huracan, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) Lamborghini akan dijual pada tahun hadapan. 

"Terdapat kira-kira 60 Lamborghini di Malaysia dan 50 daripadanya dijual oleh Lamborghini Kuala Lumpur," katanya.


Spesifikasi Lamborghini Aventador S 
  • Enjin: 6,498cc V12 
  • Transmisi: 7-kelajuan klac-tunggal ISR 
  • Kuasa maksimum: 740 hp 
  • Tork maksimum: 690 Nm 
  • Pecutan 0-100 km/j: 2.9 saat 
  • Kelajuan maksimum: 350 km/j 
  • Harga: RM3.3 juta (tanpa insurans dan cukai jalan)






No comments:

Post a Comment