Promosi

Promosi

Result

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Gagal Kawal Pemain, United Didenda RM109,97


LONDON: Manchester United didenda AS$24,784 (RM109,979) kerana gagal mengawal pemain kelab
berkenaan ketika kekalahan di suku akhir Piala FA kepada Chelsea, kata Persatuan Bola Sepak (FA), semalam.

Pengadil perlawanan, Michael Oliver dikerumuni oleh beberapa pemain United selepas pemain tengah, Ander Herrera diarah keluar padang kerana dilayangkan kad kuning kedua 10 minit sebelum babak pertama berakhir. 

Ia susulan dua kekasaran yang dilakukannya ke atas penyerang Chelsea, Eden Hazard di Stamford Bridge. 

United mengakui pertuduhan itu dan menerima hukuman denda berkenaan. 

"Ia (pertuduhan) berkaitan dengan pelanggaran Peraturan FA E20 (a) kerana gagal memastikan pemain mengawal diri mereka dalam keadaan sepatutnya pada atau sekitar minit ke-35 perlawanan suku akhir Piala FA melawan Chelsea pada Isnin 13 Mac 2017, " kata FA. 

Pengurus United, Jose Mourinho yang kembali ke kelab yang memberinya tujuh gelaran utama dan jurulatih Chelsea, Antonio Conte terpaksa diasingkan selepas berlaku perbalahan berikutan arahan keluar padang itu. 

Chelsea memenangi perlawanan 1-0 menerusi jaringan N'Golo Kante pada minit ke-51.







No comments:

Post a Comment