KEMALANGAN jalan raya yang dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit ketika memandu walaupun sukar dibuktikan dari segi perundangan, namun ia tidak dinafikan ada berlaku.
Ia
berpunca dari sikap manusia zaman moden yang sukar "berpisah" dengan
peranti pintas itu yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
Apatah
lagi zaman sekarang ramai guna WhatsApp, maka mesej selalunya menderu-deru
diterima tidak kira masa termasuk ketika memandu, terutama jika seseorang itu
mempunyai banyak kumpulan perbualan aplikasi berkenaan.
Keadaan
itulah menyebabkan mereka kadang-kala tak boleh menahan tangan daripada
memeriksa telefon bimbit bila ada mesej masuk ketika memandu.
Bukan
setakat memeriksa mesej, sesetengah pemandu mempunyai tabiat sambil memandu,
masa itulah juga nak periksa status Facebook, WeChat dan lain-lain.
Mungkin
mereka merasakan sudah cukup cekap untuk kawal stereng dan jalan tak sesak
sangat ketika melakukan aktiviti berkenaan.
Namun,
hakikatnya, bila-bila masa saja kemalangan boleh berlaku disebabkan kelekaan
pemandu seperti ini. Bayangkan kalau disebabkan mahu memeriksa status Facebook
rakan, ada nyawa mungkin manusia lain yang melayang.
Sepanjang
tahun lalu, lebih 46,000 saman dikeluarkan oleh polis terhadap pemandu atas
kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, peningkatan hampir 4,000
daripada 42,641 jumlah saman yang dikeluarkan pada 2015.
Statistik
itu jelas menunjukkan kesedaran pengguna mengenai bahaya menggunakan telefon
bimbit ketika memandu masih rendah, malah membimbangkan apabila jumlah saman
yang dikeluarkan bagi kesalahan itu meningkat dengan agak tinggi.
Perbuatan
memandu sambil menggunakan telefon bimbit dianggap memandu secara berbahaya dan
mereka yang berbuat demikian boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen
41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
No comments:
Post a Comment