Promosi

Promosi

Result

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

SKUAD JDT PEROLEH JET PERIBADI BAHARU UNTUK KEGUNAAN PEMAIN & PEGAWAI PASUKAN


Skuad JDT bakal memperoleh pengangkutan mereka sendiri apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan jet peribadi baginda kepada pasukan tersebut.

Sebuah peribadi dihadiahkan kepada skuad JDT oleh TMJ untuk tujuan kegunaan para pemain dan pegawai JDT sepanjang musim bola sepak berlangsung.

Menerusi laman JOHOR Southern Tigers, terdapat beberapa gambar yang menyiarkan jet peribadi itu masih lagi  dalam proses restorasi sebelum digunakan secara rasmi oleh pasukan juara 3 kali Liga Super itu.

Biru, merah & putih

Jet peribadi yang bakal digunakan oleh skuad JDT itu mengenakan tema warna pasukan JDT itu sendiri.

Warna putih menjadi warna dominan bagi jet peribadi tersebut dengan warna biru dan juga merah menghiasi di bahagian bawah pesawat.

Selain daripada menggambarkan warna rasmi pasukan JDT, ia juga menggambarkan sebagai warna rasmi negeri Johor itu sendiri.

Jet peribadi itu merupakan jet model G550 milik TMJ sendiri. Selepas proses restorasi selesai, ia bakal digunakan oleh skuad JDT yang secara tak langsung menjadikan skuad tersebut sebagai pasukan pertama di Malaysia yang mempunyai jet persendirian sendiri.








No comments:

Post a Comment