Promosi

Promosi

Result

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Galaxy S8, S8 Plus Mendarat Di Malaysia April Depan


Samsung baru melancarkan peranti baru terhebat mereka, Galaxy S8 & S8+. Ia membawakan rekaan serba baru, pertama kali tanpa butang fizikal di depan. Kerana itu, Samsung meletakkan pengimbas capjari di belakang telefon.


Dalam majlis pelancaran yang diadakan di New York malam semalam, penjualan Galaxy S8 & S8+ akan bermula pada 21 April 2017, di beberapa buah negara. Tidak pula dinyatakan negara mana, tetapi kami mendapat beberapa maklumat tentang Malaysia.



Menurut Naib Presiden Samsung Malaysia Electronic, Lee Jui Siang, beliau yang turut sama hadir majlis pelancaran ini menyatakan Malaysia akan menerima Galaxy S8 & S8+ pada tarikh yang hampir dengan yang dinyatakan, 21 April 2017.

Lebih baik lagi, pra tempahan akan dibuka lebih awal, iaitu pada 11 April 2017. Harga masih menjadi teka-teki, tetapi satu lagi perkara yang boleh dipastikan adalah pilihan warna. Tiga warna ditawarkan pada hari pra tempahan nanti iaitu Hitam, Emas dan Kelabu. Berkenaan warna Biru dan Perak, tidak pula diyatakan tapi mengikut kebiasaan Samsung, cerah harapan ia akan tiba di Malaysia kemudian.

Tambah beliau, pra tempahan ini akan disertakan dengan tawaran yang sangat menarik. Jika dilihat pada pra tempahan Galaxy S7 edge tahun lepas, Samsung menyediakan tawaran bernilai RM1,000 kepada 1,000 tempahan terawal. Adakah Samsung Malaysia akan memberikan sesuatu yang lebih bernilai?


Galaxy S7 edge dilancarkan di Malaysia tahun lepas, pada harga RM3,099 (storan 32GB) dan RM3,399 (storan 128GB). Kami jangkakan malah besar harapan kami, agar Samsung Galaxy S8 akan dilancarkan pada harga RM3,099 (storan 64GB) dan Galaxy S8+ pula RM3,399 (storan 64GB). Semalam, Galaxy S8 dilancarkan pada harga USD750 (~RM3,314) manakala Galaxy S8+ pula USD850 (~RM3,756).

Dengan kehebatan sebegini, layak kami rasakan Galaxy S8 & S8+ diletakkan pada harga ini. Secara realistik, apa pula pendapat anda? Harga lebih rendah memang sukar untuk dicapai, apatah lagi ketika Ringgit Malaysia masih lagi tidak stabil.







No comments:

Post a Comment